19 December 2008

Kelibat Zulkifli undang tanda tanya

KUALA LUMPUR – Kelibat pelakon baru Zulkifli Ariffin yang menemani Abby Abadi menghadiri prosiding kes perceraiannya dengan Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam mencetuskan tanda tanya di kalangan orang ramai dan peminat kedua-dua pelakon itu.

Zulkifli, 22, yang merupakan pelakon baru drama bersiri Gerak Khas dikaitkan antara punca keretakan rumah tangga Abby dan Norman.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Zulkifli yang turut hadir mendengar prosiding kes perceraiannya, Abby segera menjawab, kehadiran pemuda itu tidak perlu dijadikan isu kerana dia berada di mahkamah sebagai kawan, seperti juga lain kawan-kawannya yang turut datang memberikan sokongan.

“Dia hanya datang untuk memberikan sokongan moral kepada saya, sama seperti kawan-kawan lain yang hadir. Tiada apa-apa selain itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Abby turut menjelaskan hubungannya dengan Zulkifli tidak lebih hubungan profesional sebagai pelakon dalam drama bersiri Gerak Khas.

Sementara itu, ditanya mengenai perceraian itu Abby bertekad untuk menjadi wanita yang tabah.

Tegasnya: “Saya nak jadi orang baru, saya memang kena jadi orang baru, kena kuatkan diri saya untuk lalui kehidupan pada masa akan datang.”

Menurutnya, isu rumah tangganya sudah selesai. Katanya, sebelum ini ia menjadi besar berikutan kes tangkapan khalwat yang membabitkan suaminya.

“Kini segalanya telah berakhir. Tentang anak-anak pula, mereka selalu bersama dengan saya dan tidak timbul soal nak rebut anak. Terpulang pada dia (Norman), saya tiada halangan dan tidak sekat dia daripada berjumpa dengan anak-anak. - Kosmo

No comments:

Post a Comment