Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.
Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.
Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.
Hai..Entah bila masanya rakyat dapat beli minyak masak murah, beras murah, ikan murah, tepung murah...sebab peniaga dan pengeluar kata, masa harga minyak naik mendadak dulu, kos yg ditanggung tinggi...jadi sekarang kalau turun, rugi besar lah...tulah..masa nak naikkan harga minyak dulu tak fikir betul2..sekarang rakyat yg jadi mangsa!!
ReplyDelete