JOHOR BAHRU – “Dihina, dikutuk dan dikecam, namun kasih Ekin tetap kepada saya.’’Mawi atau Asmawi Ani, 27, mengungkapkan kata-kata itu ketika menceritakan semangat kental isterinya, Ekin atau Nor’Ashikin Rahmat, 29, semasa menghadapi pelbagai dugaan alam percintaan sehingga terpaksa berlinang air mata.
Menurut Mawi, ketabahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Ekin itu amat disanjunginya.
“Kami hadapi macam-macam dugaan sejak berkenalan. Terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan termasuklah dihina, dikecam dan dikutuk tetapi dia wanita yang kuat, walaupun hari-hari dia berendam air mata,’’ cerita Mawi.
Mawi berkongsi kegembiraannya selepas dia dan Ekin selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Sultan Abu Bakar di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan disaksikan oleh Kadi Daerah Johor Bahru, Syeikh Husni Tamrin Md. Sharif dan Imam Mahadi Yahya.
Tepat pukul 11.40 pagi, dengan hanya sekali lafaz dan mas kahwin RM22.50, Ekin sah menjadi milik Mawi.
“Ini perjalanan baru kami. Harap semua pihak doakan kami kekal hingga ke akhir hayat,’’ pinta Mawi.
Sementara itu, Ekin pula menganggap perkahwinan itu adalah hadiah atas segala kesabarannya selama ini.
“Saya rasa mengahwini Mawi adalah satu keputusan yang tepat. Mencintai Mawi kepada saya bukan satu kesalahan, sebab itu saya beranikan diri untuk meneruskan hubungan kami sehinggalah berkahwin,’’ kata Ekin pada sidang akhbar selepas majlis akad nikah semalam. - Kosmo
* Baru kahwin memang kata semua bagus
No comments:
Post a Comment