21 December 2008

Demonstrasi gesa Muntadar dibebaskan


LONDON 20 Dis. - Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam sambil memegang kasut masing-masing sebagai tanda memberi sokongan kepada wartawan Iraq yang melontarkan kasut ke arah Presiden George W. Bush, baru-baru ini, semasa Presiden Amerika itu melakukan lawatan perpisahan ke Iraq.

Kira-kira 50 orang yang menyertai demonstrasi tersebut memegang kasut atau menggantungkannya di atas batang-batang kayu, sebagai tanda membantah penahanan Muntadar Al-Zeidi dan menuntut agar dia dibebaskan.

"Dia telah bangkit ketika semua orang membisu dan berdepan dengan penipuan yang kerap dilaporkan oleh media Britain dan juga antarabangsa.

"Peranan kami adalah untuk bersuara mewakili mereka yang tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian dan untuk tujuan itu Muntadar sebaik-baiknya melontar 27 juta kasut ke arah Bush kerana dia mewakili kesemua penduduk Iraq," kata Pengerusi Pekerja Media Menentang Peperangan, David Crouch.

Protes berakhir apabila kesemua penunjuk perasaan meninggalkan kasut mereka, termasuk kasut tumit tinggi dan selipar, di dalam sebuah kotak di hadapan Kedutaan AS di Dataran Grosvenor, di sini.

- AP

No comments:

Post a Comment