25 December 2008

Dasar tidak konsisten - Khairy

REMBAU 24 Dis. - Hasrat Pas dalam melaksanakan hukum hudud sekiranya mentadbir negara adalah satu dasar yang tidak konsisten memandangkan rakan mereka dalam pakatan pembangkang itu tidak senang dengan cadangan berkenaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, malah hasrat Pas itu hanya akan mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat yang sebelum ini menaruh harapan terhadap kepimpinan pakatan tersebut.

"Kalau ingin mentadbir Kerajaan Pusat, mereka sepatutnya perlu mempunyai dasar yang konsisten dan tidak boleh diubah-ubah kerana perkara ini hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2008 Parlimen Rembau di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azman Hasan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembung, Zaiful Bahri Idris.

Khairy seterusnya berkata, hubungan pakatan pembangkang hanya ibarat retak menanti belah berlandaskan senario yang berlaku setelah Pas mahu meneruskan agendanya itu walaupun ditentang keras oleh DAP.

Sementara itu, Khairy turut mempersoalkan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah cuba bermain politik secara selamat tanpa memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu dengan harapan isu berkenaan tenggelam begitu sahaja.

"PKR bisu kerana saya fikir dia hanya mahu selamat dengan harapan isu ini akan tenggelam begitu sahaja.

''Jadi, mereka fikir apabila tidak bercakap dalam soal ini, nanti isu ini pun akan mati begitu sahaja, jadi tidak perlulah mereka membuat pendirian,'' katanya. - Utusan

Debat Khairy VS Hussam Musa (Full Episode)

* Apa pun ia lebih baik dari dasar Umno yang rakyat lihat menyokong salah guna kuasa

No comments:

Post a Comment