15 December 2008

Berkas peragut

KUALA LUMPUR: Hanya 30 minit diperlukan polis untuk membantu seorang peguam wanita untuk mendapatkan kembali barangnya yang diragut dalam kejadian di Kuchai Lama di sini, kira-kira 11 pagi semalam.

Ini berikutan mangsa, Wong Siew Lan, 38, menghafal beberapa maklumat penting ketika kejadian itu yang kemudian membantu polis menjejaki suspek.

Wong yang ditemui berkata, kejadian ketika dia sedang memasukkan syiling ke dalam meter tempat letak kenderaan sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal dari belakang dan menyentap kuat beg tangannya.

“Tersentak dengan kejadian itu, saya pantas melihat jenis kenderaan, nombor pendaftaran dan baju yang dipakai suspek.

“Saya meminta bantuan seorang lelaki yang kemudian menghubungi polis dan memberikan maklumat dan gambaran peragut,” katanya.

Katanya, dia berjalan pulang ke pejabatnya yang hanya 20 minit perjalanan dari tempat kejadian.

“Sepuluh minit kemudian, kerani di pejabat saya memberitahu kedua-dua penjenayah dipercayai suspek sudah ditahan pihak berkuasa dan saya diminta ke menghubungi balai polis,” katanya.

Katanya, dia kemudian menghubungi Cif Inspektor Zailani Bohari dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang memberkas suspek dengan bantuan beberapa anggota. - Mymetro

* Wah, macam polis negara maju pula.

No comments:

Post a Comment