KUALA LUMPUR 22 Dis. – Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dibunuh dan mayatnya ditemui dalam beg di satu kaki lima di sini tahun lepas, gembira kerana masih ada pihak mahu berusaha mencari pembunuh anaknya walaupun kes itu semakin dilupakan.
“Saya pasti bukan saya sahaja yang rasa gembira mendengar berita ini tapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti pembunuhnya dihadapkan ke muka pengadilan.
Saya percaya kalau Allah izinkan, dia pasti akan tertangkap,” katanya.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa sebuah syarikat tempatan ingin menawarkan teknologi yang dikatakan mampu menjadikan lebih jelas rakaman CCTV mengenai seorang lelaki bermotosikal yang dilihat meletakkan beg mengandungi mayat kanak-kanak itu.
Usaha untuk menjadikan imej rakaman CCTV itu lebih terang sebelum ini pernah dibuat dengan bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tetapi itu tidak banyak membantu dalam siasatan polis.
“Saya tidak diberitahu apa-apa termasuk bila siasatan ini akan dijalankan dan masa yang diperlukan untuk menjelaskan gambar itu, tapi walau apa pun saya berterima kasih kepada mereka kerana sekurang-kurangnya masih ada usaha untuk menjejaki pembunuh yang kejam itu,” katanya.
Nurin Jazlin, ditemui mati selepas 27 hari dilaporkan hilang pada 20 Ogos tahun lepas, ketika keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. — BERNAMA
* Kita doakan 'setan' itu ditangkap
No comments:
Post a Comment