11 November 2008

Zaid akan melompat – hilang kepercayaan pada UMNO

Kenyataan Zaid dipersoalkan. Hak keistimewaan Melayu dikatakan punca Melayu keciciran. Bagi Zaid kalau tidak ada hak keistimewaan Melayu akan maju. Mungkin Zaid sendiri lupa mengenai perkembangan negara kita ini. Bangsa lain terlebih dahulu sekiranya mahu di hujah mendapat tongkat – keistimewaan dan dalam kehadiran mereka di negara ini mereka tidak mempunyai sebarang rasa cinta terhadap negara kecuali hadir untuk bekerja. Tanggung jawab sosial dan nilai kemasyarakatan bukan sesuatu yang di pentingkan oleh mereka. Hari ini hak keistimewaan di salahkan oleh Zaid.

Namun apa yang penting adalah ura-ura Zaid sudah siap sedia untuk terjun untuk menyertai PKR. Makluman yang kami terima – Zaid Ibrahim akan mengambil langkah drastik untuk seberang menyertai Pakatan Rakyat kerana hilang kepercayaan kepada UMNO. Zaid adalah antara penentang ISA – yang mungkin ini mempunyai justifikasi tersendiri tetapi mengenai hak keistimewaan – Zaid tidak wajar membuat kenyataan yang mahu menggugurkan hak yang sedia ada. Hari ini terpapar di keliling kota – kenyataan membantah kenyataan Zaid mengenai hak keistimewaan Melayu. - Umno Reform

No comments:

Post a Comment