15 November 2008

Yusof hadapi 5 lagi dakwaan rasuah

Pertuduhan baru terima suapan RM42,000

KLANG: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang didakwa bagi sembilan kesalahan rasuah bernilai RM82,500 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Oktober lalu, dihadapkan ke mahkamah sekali lagi semalam bagi menghadapi lima tuduhan berasingan menerima rasuah RM42,000 antara April dan Julai lalu.

Yusof Abu Bakar, 54, mengaku tidak bersalah bagi semua lima pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 119a Akta Pencegahan Rasuah 1997 di Mahkamah Sesyen Klang dan Petaling Jaya.

Dia didakwa sebagai Timbalan Ketua Pengarah 1 (Bahagian Kawalan) secara rasuah memperoleh suapan untuk dirinya wang RM42,000 sebagai dorongan meluluskan lanjutan pas lawatan warga China.

No comments:

Post a Comment