18 November 2008

Tentera-MILF bertempur, 11 maut

COTABATO 18 Nov. – Tiga askar dan lapan pejuang pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina malam tadi.

Pertempuran itu berlaku dekat pekan Mamasapano di Pulau Mindanao selepas pejuang MILF menyerang sebuah pangkalan tentera.

“Pemberontak menyerang pangkalan tentera semasa askar sedang makan,” kata Datuk Bandar Mamasapano, Akmad Tato Ampatuan.

Kedua-dua pihak juga berbalas-balas tembakan mortar pada malam tadi, katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment