KUALA TERENGGANU - "Aziz belum jatuhkan talak terhadap saya."
Itu luahan Nor Radhiah Ramli mengulas status perkahwinannya ketika ini dengan pengarah terkenal, Aziz M. Osman di sini semalam.
Malah guru kelas agama dan fardu ain berusia 22 tahun ini berkata, beliau sudah meminta kepastian daripada Mahkamah Syariah, di sini mengenai status perkahwinannya semalam yang mengatakan pernikahan dengan Aziz masih sah.
"Sebenarnya saya juga sudah mendapat surat daripada Mahkamah Syariah pada 28 Julai lalu yang mengatakan perkahwinan saya sebelum ini sudah terbatal.
"Aziz juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak kami masih berkawan dan sehingga kini kami masih suami isteri yang sah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sebarang Baruh dekat sini, semalam.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaan ibu pengarah itu, Afida Es yang mengesahkan kedua-duanya sudah berpisah.
Afida mendakwa perkahwinan tersebut tidak sah kerana Nor Radhiah masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan bekas suaminya.
Aziz dan Nor Radhiah bernikah di Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu pada 16 Ogos lalu selepas mula berkenalan ketika mengerjakan umrah pada Mac lalu.
Dalam pada itu, Nor Radhiah enggan mengulas mengenai perkahwinan sebelum ini dengan bekas suami yang dianggap satu kesilapan dan tidak mahu mengungkit mengenainya. ~Kosmo
No comments:
Post a Comment