GEORGE TOWN - "Saya dengar suara meminta tolong semakin perlahan, perlahan sebelum ia terus hilang."Demikian cerita Raja Rafizi Umran, 28, mengenai kematian seorang lelaki dalam kebakaran di sebuah banglo yang dijadikan premis pengedar kereta di Jalan Masjid Negeri di sini.
Menurutnya, ketika melalui jalan pukul 4 pagi, beliau ternampak api dan menghampiri premis tersebut sebelum memasukinya kerana pintu pagar terbuka.
Katanya, semasa menghampiri premis itu, beliau terdengar jeritan meminta tolong sebelum terdengar bunyi satu letupan kuat.
"Saya takut dan terus menjauhkan diri tetapi selepas letupan itu saya masih terdengar suara lelaki dari dalam premis meminta tolong.
"Lama-kelamaan suara itu hilang," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, ketika masuk ke premis itu, beliau hanya nampak pintu sebuah kereta terbuka manakala kenderaan lain tiada.
"Saya sering melalui jalan ini dan nampak banyak kereta di premis tersebut," katanya.
Selepas itu, ujarnya, beliau menghubungi bomba.
Dalam kejadian itu, kedai tersebut turut terbakar dan seorang pembantu pengurus yang juga abang kepada pemilik kedai, Lim Sooi Huah, 41, ditemui mati dengan 90 peratus badannya terbakar di salah sebuah bilik.
Malah lebih mengejutkan lagi apabila, lapan buah kereta mewah bernilai RM2 juta yang di premis tersebut hilang.
Mayat mangsa disahkan oleh ahli keluarganya melalui jam tangan yang dipakai serta kunci kereta Honda City yang ditemui padanya. - Kosmo
* Sudah tiba masa mudahkan pemilikan senjata api? Penyamun di sana sini di Malaysia.
No comments:
Post a Comment