19 November 2008

Penuntut Malaysia di AS meningkat

WASHINGTON 18 Nov. - Jumlah penuntut Malaysia di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 5,428 orang pada tahun akademik lepas berbanding 5,281 orang, 10 tahun lalu, menurut Institut Pendidikan Antarabangsa (IIE) AS di sini Isnin.

Malaysia menduduki tempat ke-22 atau 0.9 peratus pada keseluruhan penuntut asing di AS.

Penuntut Malaysia di AS merangkumi 61.9 peratus penuntut universiti dan 5.2 peratus penuntut lepasan ijazah.

Pada masa yang sama, jumlah penuntut AS di Malaysia juga meningkat daripada 108 penuntut pada tahun akademik 2005/06 kepada 121 penuntut pada tahun akademik 2006/2007.

Laporan itu menyatakan jumlah penuntut antarabangsa di kolej dan universiti di AS yang meningkat tujuh peratus kepada satu rekod tinggi iaitu 623,805 pada tahun akademik 2007/08.

- Bernama

No comments:

Post a Comment