Pelakon Mohamed Ashraf Daniel Sinclair, 28, dan isterinya, penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, yang melangsungkan pernikahan Sabtu lalu, tiba di Kuala Lumpur, petang semalam.Pasangan tersebut diterbangkan dari Jakarta dengan pesawat peribadi yang ditaja khas, selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor pada pukul 4.50 petang.
Kedua-dua mereka yang bercinta sejak setahun lalu kelihatan berseri-seri sebaik keluar daripada pesawat sambil ditemani rakan-rakan artis seperti Sazzy Falak dan Syed Azmir.
Ketika ditemui wartawan, Bunga yang ditanya mengenai pernikahannya berkata, hidupnya kini bertambah bahagia dan bersyukur kerana segala perjalanan majlis pernikahannya berjalan lancar.
Jumaat ini, majlis resepsi di pihak keluarga Ashraf akan berlangsung di The Saujana Kuala Lumpur Hotel, Subang.
Keesokannya, satu majlis tertutup akan diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Petaling Jaya, khusus untuk keluarga terdekat Ashraf. - Utusan
No comments:
Post a Comment