11 November 2008

Penahanan petugas media: dimana kebebasan media

KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER (SK) - WANITA KeADILan membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menahan petugas media sewaktu bertugas ketika Himpunan Bersih malam tadi.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata tindakan polis yang menahan wartawan berkenaan dari melaporkan sesuatu ketika beliau memakai tag perakuan media di dalam tugas secara langsung telah menghalang media dari bertugas dalam menyampaikan maklumat dan melanggar etika.

“Secara tidak langsung pihak polis telah menghalang wartawan tersebut menyiarakan maklumat yang telus kepada rakyat dan ianya bertenatangan di dalam prinsip kebebasan media,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sedemian ketika mengulas mengenai penahanan seorang jurukamera Malaysiakini, Syukri Mohamad ketika bertugas sewaktu Himpunan Memperingati Ulangtahun Perhimpunan Bersih yang pertama malam tadi di Petaling Jaya.

Katanya lagi, di dalam negara yang berteraskan demokrasi seharusnya pihak polis tidak boleh menghalang wartawan tersebut dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat.

Selanjutnya...

No comments:

Post a Comment