06 November 2008

Panggilan bom di PWTC: Jurugambar ditahan reman | Malaysiakini

Seorang jurugambar akhbar harian berbahasa Tamil ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes panggilan bom di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 31 Oktober lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan polis semalam di kediamannya di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 8.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Samah Mat ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara tersebut dan berkata lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Polis menahan jurugambar itu hanya untuk membantu siasatan berhubung panggilan bom palsu itu. Siasatan awal mendapati SMS awal mengenai penemuan bom itu datang dari nombor telefon bimbitnya," katanya.

Dalam kejadian itu, pihak keselamatan PWTC menerima dua panggilan dalam tempoh satu jam iaitu antara jam 4 petang dan 5 petang berhubung penemuan sebuah beg plastik putih di tiang bendera dalam keadaan yang mencurigakan.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan unit pemusnah bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) dibuat, beg itu didapati kosong.

No comments:

Post a Comment