Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno memperolehi pencalonan ke-133 pada jam 4.15 petang tadi dari bahagian Cameron Highlands.
Dengan memperolehi pencalonan tersebut, Najib sekaligus menutup peluang ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan tersebut.
Tengku Razaleigh memerlukan sekurang-kurangnya 59 pencalonan untuk layak bertanding jawatan presiden.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang, hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya semalam.
Bahagian yang mencalonkan Najib hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Puchong, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Bentong, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan, Camerons Highlands dan Silam. ~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment