KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari menegaskan harapan untuk melakukan perubahan selepas negara dicengkam akta zalim ISA kini terletak pada bahu Pakatan Rakyat.
Bercakap semasa membuat ulasan buku 'Dua Wajah : Penahanan Tanpa Bicara' karya Dr syed Husin Ali pada 9 November lalu, Said Zahari berkata, akta tersebut perlu dimansuhkan segera.
Ujarnya, pengharapan itu diletakkan berasaskan kepada komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan akta tersebut jika berjaya memerintah negara.
"Jika tidak dalam masa sekarang, saya harap ia berlaku pada pilihan raya umum akan datang, ini hasrat rakyat yang kini mula menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat," katanya.
Baginya, rakyat kini melihat lime negeri yang ditadbir pakatan rakyat sebagai contoh 'kebebasan bersuara' dan ianya perlu berterusan sehingga pakatan berjaya memerintah negara.
Selanjutnya...
No comments:
Post a Comment