KUALA LUMPUR - Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO akan menghantar pasukan untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang hilang di Perth, Australia, Norzarifah Kamarauzaman, selewatnya-lewatnya pertengahan bulan ini.
Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya telah mendapat petunjuk lokasi di mana pelajar tahun akhir jurusan Geologi, Universiti Teknologi Curtin itu berada daripada pelajar dan pensyarah universiti terbabit.
"Kami perlu masa sekurang-kurangnya seminggu untuk uruskan perkara seperti penyediaan dokumen perjalanan dan aspek teknikal lain," katanya ketika dihubungi semalam.
Abdul Azeez berkata, beliau akan berbincang dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, sebelum memaklumkan perkara itu kepada Wisma Putra.~Kosmo
'Dia berhenti, bukan hilang'
KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia, Norzarifah Kamaruzaman sebenarnya bukan diklasifikasikan hilang misteri tetapi berhenti dari universiti selepas tiada lagi minat untuk belajar.
Malah, Unit Media dan Komunikasi Korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan mereka semalam menjelaskan, pelajar terbabit telah menghubungi Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Perth untuk memberitahu bahawa dia dalam keadaan selamat.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan tarikh Norzarifah menghubungi pejabat berkenaan.
No comments:
Post a Comment