11 November 2008

Lagak samseng bawa padah

KUALA LUMPUR: Lagak samseng jalanan yang cuba ditunjukkan lima sekawan ketika jalan sesak akibat satu kemalangan maut di Jalan Loke Yew akhirnya membawa padah apabila mereka dibelasah orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lima rakan terbabit masing-masing tiga lelaki dan dua wanita yang menaiki Proton Iswara hitam melalui Jalan Loke Yew yang kebetulan ketika itu berlaku satu kemalangan maut hingga menyebabkan kesesakan jalan.

Difahamkan, pemandu kereta berkenaan cuba menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan membunyikan hon dan memandu secara bahaya hingga terlanggar sebuah kenderaan di hadapan.

Tindakannya itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang kebetulan sedang menyaksikan kemalangan terbabit.
selanjutnya...

No comments:

Post a Comment