12 November 2008

Ketua Polis Selangor Sahkan Ronnie Liu Ditahan

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor Ronnie Liu ditahan polis di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan Liu ditahan berhubung kes menghalang penjawat awam melakukan tugas pada 2007.

Beliau berkata Liu sepatutnya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari rabu namun ditangguhkan ke Isnin depan.

Liu dipercayai terbabit dengan kesalahan menghalang penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis ketika operasi penyitaan sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya, Subang Jaya, November tahun lepas.

-- BERNAMA

* YB Pakatan Rakyat juga yang kena. Profesional sungguh polis.

No comments:

Post a Comment