13 November 2008

Karpal Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan Tan Sri Zaki

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari Khamis membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi bahawa beliau (Zaki) telah merasuah kakitangan mahkamah semasa menjadi peguam.

Karpal membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini pada pukul 3 petang.

Beliau berkata kenyataan Azmi yang dilaporkan di dalam akhbar The New Straits Times pada 8 Nov 8, 2008 yang membolehkan beliau didakwa mengikut Seksyen 4(b) Akta Pencegahan Rasuah 1961.

Bagaimanapun, Zaki telah membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah memberi atau menerima rasuah sepanjang hidupnya.

Karpal berkata beliau akan membawa kes itu kepada Badan Pencegah Rasuah untuk disiasat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment