20 November 2008

Kadar Tol Tidak Praktikal - Hee Loy Sian

KUALA LUMPUR,19 NOVEMBER (SK)- Pemberian diskaun oleh syarikat PLUS Expressways Berhad kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELITE disifatkan tidak praktikal oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Loy yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan berkata, Menteri Kerjaraya dalam sidang parlimen lalu pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol dan bukannya pemberian diskaun.

“Pemberian diskaun seharusnya turut diberi kepada pengguna pengangkutan berat seperti bus express kerana ianya mampu mengurangkan kadar inflasi yang meningkat sejak kenaikan harga minyak tiga bulan lalu”. Katanya.

Menurut Loy, syarikat itu mengaut untung yang banyak memandangkan bilangan pengguna lebuhraya yang semakin meningkat dan kebanyakan pengguna dan golongan makan gaji tidak menggunakan lebuhraya pada waktu tersebut.

Semalam, syarikat PLUS Expressways Berhad mengenakan diskaun 10 peratus kepada kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE tetapi terhad antara 12 malam sehingga 7pagi sahaja.

Loy turut mendesak Kementerian Kerja Raya mendedahkan perjanjian konsesi tol sepertimana yang dijanjikan, dan dokumen perjanjian tersebut seharusnya dapat diperoleh secara percuma dan bukan membeli, kerana rakyat berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian yang melibatkan kepentingan umum tersebut. - Suara Keadilan

No comments:

Post a Comment