05 November 2008

Gelaran Datuk: Shah Rukh Khan jelaskan di Melaka

PETALING JAYA: Kritikan rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan gelaran Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan akan dijelaskan sendiri oleh bintang Bollywood itu apabila dia berkunjung ke Melaka bagi acara penganugerahan itu 29 November ini.

Menurut ejen pelakon popular itu, Shah Rukh Khan sendiri menyedari tentang isu tersebut yang hangat diperkatakan di negara ini, baru-baru ini.

Namun, buat masa ini, dia enggan untuk memberikan sebarang komen.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai ini tidak menolak untuk memberikan pandangannya sendiri berhubung gelaran yang dianugerahkan kepadanya itu kelak.

Pelakon berusia 43 tahun itu dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober lalu.

Gelaran tersebut ternyata telah mencetuskan ketidakpuasan hati banyak pihak.

Namun begitu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan gelaran itu tidak akan ditarik balik walaupun banyak pihak mempersoalkan tentang perkara itu.

Tegas beliau, Shah Rukh Khan turut memberi sumbangan dari segi mempromosi pelancongan negeri itu yang mana sebelum ini enam buah filem lakonannya pernah menjalani penggambaran di situ.

Pada majlis rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkannya baru-baru ini, Ali mengesahkan bahawa pelakon itu akan menerima anugerah tersebut pada 29 November ini di Dewan Sri Negeri, Melaka.

Upacara itu juga dijangka akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Zee TV.

Namun begitu, difahamkan, Shah Rukh Khan hanya akan berada di Melaka untuk semalam saja. Mstar

No comments:

Post a Comment