17 November 2008

Empat lelaki serang polis mati ditembak

SEREMBAN - Empat lelaki dipercayai warga Indonesia mati ditembak selepas mereka cuba menyerang polis dalam kejadian di Jalan Seremban-Labu semalam.

Dalam kejadian pukul 6 pagi, kumpulan suspek yang menaiki kereta Proton Satria dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Sepasukan polis yang kebetulan membuat rondaan di situ terus mengekori sebelum mengejar kereta tersebut.

"Selepas dikejar kira-kira 15 minit, kereta yang dipandu kumpulan suspek menuju ke kawasan Kualiti Alam, Labu.

"Setiba di kawasan itu kumpulan suspek terbabit memberhentikan kereta sebelum mereka cuba menyerang pasukan polis dengan tiga bilah parang dan sebatang pemotong besi," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Menurut beliau, anggota polis yang terpaksa mempertahankan diri terpaksa melepaskan 10 das tembakan menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

Katanya, semasa pemeriksaan kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pengenalan identiti malah kereta yang dipandu pula merupakan kereta curi dengan nombor pendaftaran palsu. - Kosmo

* Senang cerita

No comments:

Post a Comment