07 November 2008

Ejen rahsia hadapi cabaran kawal Obama

WASHINGTON 6 Nov. – Ejen rahsia Amerika Syarikat (AS) menghadapi cabaran besar untuk memberi perlindungan kepada Presiden baru AS yang baru.

Pakar keselamatan berkata, warna kulit Obama bermakna beliau dijangka menghadapi lebih banyak ancaman berbanding Presiden AS sebelum beliau.

Senator dari Illinois itu, yang memenangi pilihan raya Presiden AS kelmarin diletakkan di bawah perlindungan Perkhidmatan Rahsia AS sejak Mei 2007, kawalan keselamatan paling awal pernah diberikan kepada mana-mana calon yang bertanding jawatan Presiden AS.

Selaku Presiden kulit hitam pertama bagi negara ini, Obama dijangka lebih kerap menjadi sasaran ugutan bunuh.

– AFP

No comments:

Post a Comment