20 November 2008

Dua pelancong China mati dirempuh kereta

SEREMBAN – Dua rakyat warga China mati dalam satu kemalangan jalan raya selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan di hadapan pusat membeli-belah, Jusco, Seremban 2 malam kelmarin.

Mangsa, Lim Ee Mei, 39, dan rakannya Du Qiao Qing, 32, yang sedang melancong di negeri ini mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian kira-kira 10.05 malam itu.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dan telah diberikan rawatan kecemasan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sejurus selepas kejadian. - Kosmo

* Mungkin sebab ini, pelancong semakin kurang ke Malaysia

No comments:

Post a Comment