03 November 2008

Bonda, kami malu...

KUALA TERENGGANU: “Saya malu dan semua pihak yang terbabit dalam urusan perkahwinan kami juga malu berikutan kenyataan bonda (Afida Es) seperti disiarkan Metro Ahad, semalam.

“Namun, saya dan keluarga tidak menyalahkan bonda kerana sebelum ini, perkara sebenar tidak pernah kami ceritakan kepadanya.

“Malah, kenyataannya yang mendakwa saya menipu suami (Aziz M Osman) juga tidak benar kerana sebelum berkahwin dengannya, Aziz yang dikenali ketika mengerjakan umrah dari 9 hingga 20 Mac lalu, mengetahui keadaan sebenar saya dengan suami terdahulu,” kata Nor Radhiah Ramli, 22, dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro, semalam.

Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur. ~HMetro

No comments:

Post a Comment