11 November 2008

Belasah: Polis buru sekumpulan 30 lelaki

KUALA LUMPUR - Polis memburu beberapa lelaki yang terlibat dalam pergaduhan dan membelasah tiga lelaki dan seorang wanita dalam satu kemalangan di Jalan Loke Yew di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi itu, kesemua mangsa yang dibelasah mengalami kecederaan parah sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Kita menerima satu laporan daripada mangsa yang mendakwa dia menjadi mangsa pukul sekurang-kurangnya oleh 30 lelaki bermotosikal ketika berhenti untuk melihat satu kemalangan maut di situ.

"Dalam kejadian itu, kumpulan suspek itu didakwa bukan sahaja telah memukul mangsa itu malah wang dan beberapa telefon bimbit serta cermin kereta mangsa juga dipecah,'' katanya di sini semalam.

Semalam sebuah akhbar melaporkan, tiga lelaki dan seorang wanita cedera parah dibelasah sekumpulan 30 lelaki bermotosikal.

Kumpulan lelaki bermotosikal itu dikatakan bertindak ganas selepas mangsa didakwa meletakkan kereta di kawasan kemalangan hingga menyebabkan kesesakan. - Kosmo

No comments:

Post a Comment