PULAU PINANG 14 Nov. — Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim menolak pemberian elaun sebanyak RM1,000 yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada ketua pembangkang di negeri ini.
Peruntukan elaun itu yang terkandung dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan) (Pindaan) 2008 telah diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Azhar yang juga Setiausaha UMNO negeri berterima kasih dan menghargai kesungguhan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas inisiatif itu.
“Saya menghargai pemberian itu tetapi saya menolak peruntukan itu dan menyerahkannya semula kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2009 pada persidangan DUN di sini hari ini. - Bernama
* Nak kata bijak, macam tak bijak, nak kata tak bijak, dia YB
No comments:
Post a Comment