18 November 2008

7 lagi penduduk awam mati di selatan Thai

YALA 18 Nov. – Kumpulan bersenjata yang disyaki pemisah Islam Thailand, menembak mati tujuh orang termasuk dua wanita dalam beberapa serangan di selatan negara ini.

Polis hari ini berkata, dua lelaki ditembak mati di Pattani, salah sebuah daripada tiga wilayah di selatan Thailand, yang dilanda keganasan sejak hampir lima tahun lalu.

“Kami masih tidak mengetahui nama atau umur mereka kerana tidak ada siapa yang berani pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat kerana takut berlaku serangan bom,” kata seorang pegawai polis daerah.

Tidak lama kemudian seorang wanita dan anak lelakinya ditembak mati dekat tempat kejadian pertama itu oleh penyerang yang berkenderaan.

Semalam, tiga orang termasuk seorang wanita berumur 73 tahun ditembak mati dalam serangan berasingan di Pattani dan Narathiwat. - AFP

No comments:

Post a Comment