PUTRAJAYA - Siapa yang tidak teruja apabila dengan hanya pelaburan RM50, seseorang itu mampu memperoleh sehingga RM20,000 hanya selepas lima bulan.
Malah, pelabur turut dijanjikan pelbagai keistimewaan lain secara percuma seperti insurans peribadi bernilai RM50,000 sepanjang hayat selain bayaran khairat kematian seumur hidup, kad keistimewaan, diskaun tambah nilai kad pra bayar dan perkhidmatan debit Mastercard.
Bagaimanapun, semua itu hanya alat untuk memerangkap mangsa dengan Kosmo! dimaklumkan oleh bekas kakitangan syarikat penganjur skim berkenaan, sebanyak hampir 4,000 pelabur yang kebanyakannya orang-orang kampung sudah terpedaya.
Semalam, seramai sembilan 'mangsa' skim itu tampil membuat pendedahan mengenai kegiatan haram tersebut.
Seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Jazmina, 30-an, memberitahu, dia mengetahui mengenai skim itu ketika pulang ke kampung di utara tanah air pada 3 Jun lalu.
"Pada mulanya sukar nak percaya tapi bila ada tokoh politik negeri yang lancar, kami sekampung terpengaruh,'' katanya.
Beliau yang bekerja di sebuah syarikat di sini telah mendepositkan RM3,550 ke dalam akaun pengarah eksekutif syarikat pelaburan itu untuk menyertai skim gred VVIP yang menjanjikan pulangan RM10,000 dalam tempoh 10 bulan.kosmo
No comments:
Post a Comment