PUTRAJAYA - "Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."
Itulah laungan lebih 100 mahasiswa beberapa universiti di sekitar Lembah Klang yang berkumpul secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) petang semalam.
Sambil melaungkan slogan Student Power, mereka berkumpul atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pengerusi SMM, Hafizuddin Abirerah, 22, yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaya (UM) berkata, KPT seharusnya telah mengumumkan tarikh tersebut memandangkan telah genap setahun sejak pilihan raya kampus tahun lalu.
"Namun di peringkat KPT dan HEP (Hal Ehwal Pelajar), kampus-kampus masih belum mengumumkan tarikh PRK diadakan untuk kebanyakan kampus terutamanya kampus di Lembah Klang," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Mohamed Khaled, Mohd. Arif Adenan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment