18 October 2008

Tidak wajar haramkan Hindraf: Gerakan ~ Hmetro

IPOH: Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai tidak wajar kerana langkah itu akan menutup sepenuhnya isu-isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah lain.

Timbalan Presidennya Datuk Chang Ko Youn berkata walaupun banyak tindakan yang dibuat oleh Hindraf sebelum ini amat tidak sesuai tetapi kerajaan mesti mencari jalan bagi memberi laluan kepada mereka untuk bersuara.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang menjadi perkara asas tuntutan badan bukan kerajaan yang lain, katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Perak di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment