Tahanan ISA 2008.
Sejak Pakatan Rakyat menang Pilihanraya ke 12, media arus perdana memberi sedikit ruang untuk isu-isu sensitif seperti ISA. Itu pun dalam kadar yang sangat minimum.Utusan Meloya terpaksa masukkan berita ISA untuk menunjukkan media itu juga "adil" sepertimana media BA, mungkin juga untuk mengelakkan dari masaalah tidak laku dipasaran.Maka, tahanan ISA di Kamunting pun dapat mengetahui berita yang berlaku diluar tembok batu ciptaan Pak Lah dan semua pemimpin UMNO.
Ketika YB Teresa Kok ditahan selama 7 hari pada awal September, media telah memberi laporan positif diatas penahanan itu kerana secara kebetulan, beliau adalah seorang "public figure". Dan bila YB dibebaskan, beliau berani membuat sidang media menceritakan pengalamannya.
Abah Suhaib terbaca kenyataan YB Teresa yang ditahan selama 7 hari, komplen beliau makanan yang disediakan amat teruk dengan apa yang dimakan oleh rakyat Malaysia yang lain. Kenyataan itu kemudian jadi "backfire' pada YB kerana setiap kata-kata beliau di rakam oleh kamera dan dibandingkan dengan menu sebenar ketika itu.Bagus juga YB Teresa sebut mengenai makanan di bawah jagaan polis semasa beliau kena ISA. Sekurang-kurangnya rakyat tahu ,apa yang berlaku sewaktu beliau ditahan.
YB hanya ditahan 7 hari.Mungkin belum sempat beliau diperlakukan oleh SB@pegawai penyiasat sepertimana tahanan ISA lain yang ditahan sebelum itu.
Tahanan ISA 2002.
Namun, bagaimana dengan nasib tahanan ISA yang didakwa ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang ditahan pada tahun 2002? Rakyat masih terlalu naif dengan ISA. Semua orang tidak tahu, apakah yang dilakukan oleh SB@ pegawai penyiasat kepada tahanan ketika itu.Tahanan dan keluarga juga tiak tahu, apakah nasib mereka. Lebih memburukkan keadaan, tahanan serta keluarga tidak tahu hak-hak mereka, tidak mendapat kemudahan berhubung dengan peguam dsb. Mereka dan keluarga dalam kegelapan.
Beberapa tahun kemudian, ramai tahanan ISA yang didakwa ahli"JI" dibebaskan secara berperingkat. Namun, tiada siapa diantara tahanan yang dah bebas itu"berani" menceritakan kisah sebenar yang berlaku ketika mereka dalam tahanan, kerana "sebab-sebab" tertentu.
Menurut Abah Suhaib, jika YB Teresa diberi makanan yang beliau dakwa teruk dan menjemukan, tahanan ISA "JI" dulu diberi makanan yang lebih dahsyat lagi teruknya.
Abah kata, beliau pernah diberi nasi goreng yang sudah basi untuk sarapan pagi, air teh yang sudah berbau, lauk kari basi yang disiramkan keatas nasi dan ikan goreng yang disimpan beberapa hari untuk dijadikan makanan tengahari.
Ini belum lagi kisah nasi di siram dengan air kencing, yang dipaksa dimakan oleh tahanan dihadapan beberapa pegawai penyiasat@SB.(lihat gambar atas).Tidak dinafikan, mungkin deraan dan penghinaan yang dilakukan keatas mereka terlalu dahsyat, hingga mereka tidak sanggup mengingati saat-saat hitam itu lagi.
Siapakah yang melakukan semua ini?Siapa yang memberi arahan kepada semua perlakuan jahat ini?Siapa yang masih meneruskan kerja-kerja jahat yang mendera dan menghina sesama manusia ini?
Nota: Maaf, gambar ini kurang terang.Ianya dilukis oleh Tahanan ISA Suhaimi Mokhtar. Ketika tahanan di soal-siasat, mereka tiada sebarang alat untuk merakamkan peristiwa buruk itu.Semuanya terpahat diminda kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak dapat dibuang.Suhaimi dapat melakarkan peristiwa itu dengan begitu baik sekali. Gambar menunjukkan, tahanan dipaksa memilih samada minum kencing -ditangan kiri atau makan najis beliau- ditangan kanan.Suhaimi telah ditahan sejak tahun 2001 dan hingga kini masih ditahan di Kem Kamunting.
No comments:
Post a Comment