11 October 2008

Shah Rukh Khan Dianugerah Datuk ~ Murai

KUALA LUMPUR, 10 OKT 2008: Bukan skrip filem atau gimik lakonan tetapi aktor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bakal dianugerahkan gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Gelaran Datuk tersebut akan diterima SRK daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, bersempena hari ulang tahun kelahirannya ke-70 yang disambut esok, 11 Oktober 2008.

SRK, 43, yang turut dikenali sebagai King Khan of Bollywood adalah antara 77 penerima yang akan dikurniakan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). Difahamkan, SRK adalah artis luar negara pertama yang dianugerahkan gelaran seumpama itu. Ini bermakna isteri beliau, Gauri Khan juga bakal bergelar Datin.

Sehingga kini sudah ratusan filem Hindi yang dibintangi SRK. Antara yang terkenal dan popular adalah Kabhi Khushi Kabhie Gham, Pardes, Mohabbatein, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Dil Se, Devdas, Asoka, Kal No Naa Ho, Josh dan Don.

SRK juga sudah 8 kali menerima trofi anugerah bagi kategori Aktor Terbaik dalam Filmfare Awards menerusi filem Baazigar (1993), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Dil To Pagal Hai (1998), Kuch Kuch Hota Hai (1999), Mohabbatein (2001), Devdas (2003), Swades (2004) dan Chak De India (2007).

Sementara itu, ada sumber memberitahu bahawa SRK kerapkali berkunjung secara senyap-senyap ke Tanjung Bidara Beach Resort di Melaka kerana pusat percutian terkemuka itu menjadi pilihan beliau seisi keluarga.

SRK dilahirkan di New Delhi, India, pada 2 November 1965 dan mula berlakon pada 1988. Beliau berkahwin dengan Gauri pada 1985 dan mereka dikurniakan 2 anak, Aryan Khan, 11, dan anak perempuan, Suhana Khan, 8.

* Melaka 0h Melaka

No comments:

Post a Comment