28 October 2008

Sengaja langgar niat merompak - Dua wanita ditumbuk, samun barang kemas hampir RM41,000

JELI - Dilanggar, ditumbuk sebelum disamun.
Itu pengalaman menakutkan dua wanita bersaudara yang menjadi mangsa 'langgar samun' tiga lelaki ketika melalui Jalan Batu 16, Lebuh Raya Timur-Barat dekat sini petang kelmarin.

Selain kerugian RM41,000, mangsa yang juga kontraktor ditumbuk di bahagian kiri mata, manakala sepupunya dilarikan bersama kereta mereka sebelum ditinggalkan penyamun di sebuah rumah kongsi balak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Supritenden Mazuki Mat, kejadian berlaku pukul 6 petang ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari Banding, Grik ke Tanah Merah menaiki kereta jenis Proton Iswara.

"Dua wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang dalam perjalanan dari arah Banding, Grik untuk pulang ke rumah di Tanah Merah, sebelum kereta mereka dilanggar kenderaan lain dipercayai jenis Proton Wira berwarna biru.

"Mangsa kemudian memberhentikan kereta di sebelah kiri bahu jalan. Tiga lelaki Melayu yang menaiki kereta yang melanggar mereka juga turun dan berpura-pura untuk berunding," katanya di sini semalam.

Katanya lagi, mangsa tiba-tiba ditolak ke dalam longkang yang berhampiran, sebelum salah seorang lelaki tadi menghunuskan sebilah pisau lalu melepaskan tumbukan pada bahagian mata.

"Mangsa yang ketakutan menyerahkan kesemua barang kemasnya dipercayai bernilai RM35,000. Lelaki-lelaki tersebut juga merampas barangan kemas milik saudaranya bernilai RM6,000, wang tunai RM75 serta sebuah telefon bimbit.

"Mangsa ditinggalkan di situ, manakala saudaranya dilarikan ke sebuah kongsi balak di Batu 14 bersama kereta yang dilanggar lalu ditinggalkan di situ sebelum dibawa penduduk kampung ke balai polis," ujarnya. ~ Kosmo

* Malaysia bukan negara selamat. Pelabur dan pelancong asing pun takut hendak ke Malaysia

No comments:

Post a Comment