KOTA BHARU - "Ambo (saya) kenal orang (suspek) itu."
Itulah yang dibisikkan oleh pelajar, Ahmad Mustakim Ariff Jusoh, 17, yang terputus pergelangan tangan akibat ditetak oleh kenalannya 20 Oktober lalu.
Ia dibisikkan kepada ibunya, Tuan Mariam Raja Hamat, sebaik sahaja keluar dari Unit Rawatan Rapi dan ditempatkan ke Wad Zamrud Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 11 pagi semalam.
Kelmarin, Ahmad Mustakim Ariff dari Kampung Wakaf Mek Zainab di sini terputus pergelangan tangan ditetak oleh seorang lelaki yang dikenalinya ketika bermotosikal untuk membeli burger di gerai tidak jauh dari rumahnya kira-kira pukul 12 malam.
Dalam kejadian tersebut, Ahmad Mustakim ditetak oleh dua orang dari belakang dengan menggunakan senjata tajam, menyebabkan pergelangan tangan kanannya putus serta cedera parah pada beberapa anggota tubuh badan lain.
Dia menyelamatkan diri dengan pulang ke rumah sambil membawa tangannya yang terputus dalam bakul motosikal yang ditunggangnya.
Tuan Mariam memberitahu, anaknya yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum ini bagi menjalani pembedahan untuk menyambung semula pergelangan tangannya kini berada dalam keadaan stabil.
No comments:
Post a Comment