SINGAPURA: Agensi perkahwinan di republik Singapura mula berasa tempias serta bahang krisis kewangan global apabila kemelesetan ekonomi menyebabkan semakin ramai pasangan negara itu terpaksa menunda atau menangguhkan tarikh pernikahan mereka. Agensi pencari jodoh di negara Asia Tenggara itu mengakui masalah kewangan itu turut memaksa sebilangan lelaki berfikir dua kali sebelum bersedia membelanjakan wang yang mencecah puluhan ribu dolar untuk berkahwin.
"Kira-kira 10 peratus daripada pelanggan saya berkata... 'ekonomi merosot, saya tiada wang," kata Mark Lin yang mengendalikan agensi pencari jodoh antarabangsa untuk wanita Vietnam di Singapura.
Bagi bayaran kira-kira S$8,000 (RM17,400) seorang lelaki Singapura boleh memilih bakal isteri daripada agensi jodoh itu, menghantarnya menjalani pemeriksaan perubatan dan mendaftarkan perkahwinannya yang semuanya dilakukan dalam masa 12 jam. Tetapi dengan syarat, wanita itu turut berminat dengan lelaki berkenaan.
Jika tidak berpuas hati, lelaki itu boleh membayar tambahan S$2,000 untuk ke Ho Chin Minh dan menemui 50 hingga 100 wanita di hotel, tetapi cara itu tidak sah.
Pasangan di Singapura biasanya terpaksa membelanjakan beribu-ribu dolar ketika melangsungkan perkahwinan untuk mengadakan majlis jamuan mewah bagi meraikan perkahwinan mereka. Reuters
No comments:
Post a Comment