09 October 2008

Prosiding Kes Liwat Anwar : ditangguh ke 31 Oktober ini ~ Utusan

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Prosiding perbicaraan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan sehingga 31 Oktober ini.

Hakim, S. M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara itu selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen mulai Isnin depan.

Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan penangguhan itu memandangkan Anwar harus hadir ke Parlimen.

Serentak hari yang sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan memutuskan perbicaraan di akhir kes pendakwaan dalam kes profil tinggi melibatkan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota polis dalam kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

No comments:

Post a Comment