19 October 2008

Polis tahan tiga remaja dipercayai terlibat letupkan mesin ATM ~ Utusan

KUALA LUMPUR 19 Okt. — Polis menahan tiga remaja lelaki belasan tahun yang dipercayai terlibat meletupkan sebuah mesin pendeposit tunai (ATM) menggunakan serbuk letupan mercun di Taman Kinrara, Puchong, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga mereka ditahan di sekitar Selangor, tengah hari semalam.

``Kita yakin terdapat saki-baki kumpulan itu yang masih bebas dan polis sedang menjejaki mereka,’’ katanya pada majlis sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Daerah Gombak di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, kamera litar tertutup di bank itu merakamkan dua lelaki remaja memasuki premis Bank CIMB dan meletupkan sebuah mesin pendeposit tunai tetapi usaha mereka itu gagal.

Kejadian itu disedari polis pada pukul 7 pagi keesokan harinya apabila kereta peronda yang meronda di situ melihat asap dari bank berkenaan.

No comments:

Post a Comment