15 October 2008

Permohonan cerai isteri Badul ditolak ~ BHarian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menolak permohonan lafaz cerai yang dikemukakan isteri kepada pengarah filem dan pelakon komedi terkenal, AR Badul.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin dalam keputusan yang dibuat di dalam kamarnya memutuskan untuk menolak permohonan yang dikemukakan Muna Lisa Basir, 33, terhadap Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 59, selepas pengarah itu menafikan melafazkan cerai yang didakwa isterinya.

Mohamad Zin bagaimanapun memerintahkan Badul melakukan sumpah istizhar bagi meyakinkan mahkamah bahawa beliau melafazkan cerai itu ketika berada dalam keadaan marah dan tidak pasti jika beliau ada melafazkan cerai terhadap isterinya.

Dalam permohonan pengesahan cerai itu, Mona Lisa mendakwa Badul melafazkan cerai terhadapnya dengan berkata ‘kalau nak lepas baiklah, saya ceraikan awak’ kira-kira jam 3 petang, 16 September lalu di Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini.

Isteri pelakon itu memfailkan permohonan pengesahan cerai pada 17 September lalu mengikut Seksyen 54 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Kedua-dua suami isteri itu tidak diwakili peguam.

* Gembirakan diri dan keluarga sebelum gembirakan orang lain

No comments:

Post a Comment