"Mereka telah menghunus senjata kepada anak kapal sambil menyuruh berkumpul di satu tempat. Saya sempat melihat banyak kapal yang telah menjadi mangsa kepada lanun yang berkulit hitam itu," kata salah seorang anak kapal Melati 5, Mohd Nazri Mat Salleh @ Yusoff, 21 (gambar) yang baru dibebaskan selepas hampir sebulan ditahan lanun di perairan Somalia.Tragedi menakutkan itu berlaku ketika kapal kargo Melati 5 belayar dari Pelabuhan Yamboo di Arab Saudi menuju ke Singapura bagi mengisi minyak.
"Pada 29 Ogos lebih kurang jam 5.50 petang waktu tempatan, terdengar bunyi beberapa das tembakan. Loceng kecemasan telah dibunyikan kapten kapal.
"Dan kami terus berkumpul di tempat yang selamat iaitu di tengah-tengah kapal. Sepuluh minit kemudian, terdengar pula tembakan yang mengena setiap penjuru dinding kapal.
"Dalam keadaan kelam kabut itu kami telah meniarap kerana bimbang akan terkena peluru sesat tembakan lanun," katanya menceritakan kembali drama yang menakutkan menjelang Ramadan lalu.
Setelah itu, Kapten memberitahu kapal Melati 5 telah menjadi milik lanun hanya seramai tujuh orang sahaja.
Mereka menaiki kapal menggunakan tali dan dalam sekelip mata sudah berada di atas kapal. Biar pun tubuh mereka kecil dan kurus, namun senjata di tangan cukup menakutkan.
Pelbagai lagi perkara menarik sepanjang ditawan oleh lanun diceritakan oleh Mohd Nazri kepada wartawan yang disiarkan dalam Siasah keluaran terbaru.
Antaranya solat berjamaah bersama lanun dan berpuasa dalam tahanan.
* Lanun pun solat berjemaah...
No comments:
Post a Comment