PENGUMUMAN Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden dan akan melepaskan semua urusan Umno dan kerajaan kepada Mohd Najib Razak Mac depan nampaknya memberi kesan kepada menantunya sendiri Khairy Jamaluddin untuk merebut kerusi Ketua pemuda Umno.
Setelah 41 bahagian Pergerakan Pemuda Umno bersidang sehingga hari ini, anak Mahathir Mohamad, Mukhriz mendahului tiga calon lain. Mukhriz kini mendapat 23 pencalonan meninggalkan Khairy di belakang yang mendapat 12 pencalonan.
Kelebihan pencalonan untuk Mukhriz itu menolak sama sekali kebimbangan dan dakwaan bapanya mengatakan ada pihak tertentu yang menghalang pemuda daripada mencalonkan anaknya.
Mukhriz sendiri pernah mendakawa ahli Pemuda dihalang untuk menghadiri majlis yang dihadirinya. Sekiranya dakwaan Mukhriz dan bapanya itu benar sudah pasti beliau tidak mendapat pencalonan selumayan hari ini.
Bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo pula mendapat enam pencalonan sementara seorang lagi calon Zahidi Zainul Abidin belum mendapat sebarang pencalonan.
Walaupun masih awal untuk meramalkan siapa yang popular dari sehgi pencalonan memandangkan belum sampai suku bahagian yang bersidang, tetapi ada tanda-tanda dan kecenderongan Mukhirz akan senantiasa mendahului Khairy.
Bagaimana pun diyakini Khairy akan mendapat pencalonan yang cukup untuk melayakkan ahli Parlimen Rembau itu bertanding.
Demikian juga Khir Toyo walaupun pencalonan untuknya tidak berapa rancak namun ada tanda-tanda beliau juga akan memperolehi pencalonan yang mencukupi.
Kerancakan Mukhriz dan Khairy tidak hairan kerana mereka dilihat menjadi pembawaan politik Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi.
Mungkin pemuda sengaja merancakkan pencalonan demikian bagi menghanghatkan persidangan Pemuda dan prbandingan pengaruh Mahathir dan Abdullah.
Barangkali elok kalau pemuda Umno memberi undi sama banyak kepada ketiga-tiga calon yang berpotensi itu untuk beradu. Biarlah perwakilan permuda yang menentukan dalam persidangan sebenar mereka kelak.
Kita tunggu apa pula perkembangan esok. Apakah Khir Toyo akan menambahkan pencalonan dan Zahidi akan mendapat percalonan sulungnya. [d' kota kl 7:30 pm 11/10/08]
Kedudukan terakhir sehingga 53 bahagian Pemuda Umno mengadakan persidangan semalam, Mukhriz mendapat 29, Khairy 14, Khir Toyo 7 manakala Zahidi masih belum mendapat sebarang pencalonan. Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim mendapat 27 manakala Rezal Merican Naina Merican mendapat 18 pencalonan. Hari ini 25 bahagian lagi akan bersidang. 9:00 am 12/10/08]
No comments:
Post a Comment