PETALING JAYA: Datuk Ong Tee Keat memenangi jawatan Presiden sebagaimana dijangkakan, tetapi pemilihan Timbalan Presiden memperlihatkan kejutan dengan dimenangi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.Pemilihan MCA kali ini memperlihatkan perubahan menyeluruh dalam pucuk kepimpinann termasuk sejarah dicipta apabila Datuk Dr. Ng Yen Yen menjadi Naib Presiden pertama daripada kalangan wanita.
Tee Keat, yang juga Menteri Pengangkutan dan sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden, memperoleh 1,429 undi untuk menewaskan Datuk Chua Jui Meng yang mendapat 917 undi.
Dalam pada itu, kemenangan Soi Lek memperlihatkan bekas Naib Presiden itu kembali ke arena politik nasional selepas 'berehat' hampir 10 bulan ekoran kontroversi peribadi.Soi Lek telah melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajan awal Januari lalu.
Beliau menewaskan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Hack Teik.
Soi Lek memperoleh sebanyak 1,115 undi manakala Ka Chuan (1,001), Donald Lim (209) dan Hack Teik (10).
Dalam persaingan merebut jawatan ini, Ka Chuan, abang kepada Presiden MCA sekarang Datuk Seri Ong Ka Ting, dilihat mempunyai kelebihan berbanding Soi Lek yang melepaskan jawatan Kabinet akhir tahun lepas apabila video yang memaparkannya dalam satu aksi kontroversi dengan teman wanitanya tersebar dengan meluas.
Donald Lim merupakan penyandang jawatan Naib Presiden sekarang, dan Lee, seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.
Jawatan Timbalan Presiden kosong apabila penyandangnya Tan Sri Chan Kong Choy membuat keputusan untuk tidak mempertahankannya.
Ka Ting juga melepaskan jawatannya.
Kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Datuk Kong Cho Ha, Ketua MCA Bahagian Lumut yang menerima 1,798 undi; Datuk Liow Tiong Lai, bekas Ketua Pemuda dan kini Menteri Kesihatan (1,725); Ng, bekas Ketua Wanita mendapat 1,659 dan Tan Kok Hong dari Johor (1,329).
Kerusi Naib Presiden menjadi rebutan lapan pemimpin.
Penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Fong Chan Onn memperoleh 883 undi; Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Perlimen Alor Star (1,233); Datuk Yap Pian Hon, bekas Naib Presiden MCA dan bekas Ahli Parlimen Serdang (445) dan Lim Teck Chong, Naib Pengerusi MCA Bahagian Kuala Langat (268).
Dalam pada itu, anggota ahli jawatankuasa yang terpilih hari ini terdiri daripada Lee Wei Kiat, Wong Foon Meng, Tan Chai Ho, Tan Cheng Liang, Dr. Hou Kok Chung, Lee Chee Leong, Gan Ping Siou@Gan Ping Siue, Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Lee Sing Chooi dan Wee Jeck Seng.
Yang lain ialah Gan Tian Loo, Dr. Yeow Chai Thiam, Chong Itt Chew, Hoh Khai Mun, Ti Lian Ker, Liew Yuen Keong, Wong Mook Leong, Paul Kong Sing Chu, Edward Khoo Keok Hai, Tee Siew Kiong, Loh Seng Kok, Wong Siong Hwee, Dr. Por Choo Chor dan Loke Yuen Ho.
No comments:
Post a Comment