KUALA LUMPUR - Seorang peniaga yang cedera parah bertindak nekad melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang daripada lima perompak di premisnya di Jalan Loke Yew di sini semalam.
Menurut sumber, dalam kejadian pukul 4 petang itu, pemilik premis melepaskan tembakan kerana berang kedainya dirompak walaupun selepas ditetak dua kali di bahu dan telinga kiri.
Pemilik premis menjual baju sejuk yang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah melepaskan satu das menggunakan selaras pump gun miliknya dari dalam premis menyebabkan cermin kedai pecah sebelum salah seorang perompak berpatah semula untuk mencabarnya.
"Sebaik didekati, berlaku pergelutan hingga ke luar kedai dan ketika itu mangsa telah melepaskan satu lagi das tembakan ke udara tetapi tersasar.
"Beberapa saat kemudian, dia melepaskan lagi satu das lalu mengenai kaki kiri perompak berusia dalam lingkungan 30-an menyebabkan empat lagi rakannya melarikan diri menaiki dua buah motosikal,'' katanya yang memberitahu sebuah lagi motosikal suspek tertinggal di tempat kejadian.
Lelaki yang cedera akibat ditembak itu akhirnya ditahan polis untuk membantu siasatan.
* Peniaga itu perlu diberi penghargaan dan polis sepatutnya boleh terus menahan penjenayah yang lain.
No comments:
Post a Comment