09 October 2008

Minta izin sebelum samun ~ Kosmo

PETALING JAYA - "Abang, saya hendak ambil laptop (komputer riba) kamu.''
Demikian ucapan 'manis' dan selamba yang diluahkan oleh salah seorang daripada empat lelaki berparang terhadap seorang ejen menjual rumah, Phang Pao Chun, 31, sebelum menyamunnya.

Menurut Pao Chun, lelaki itu yang mengacukan parang ke arahnya terus mengambil komputer ribanya itu walaupun dia masih dalam keadaan terpinga-pinga kerana tidak pernah disamun sebelum ini sepanjang makan di restoran makanan segera tersebut.

"Jari hantu di tangan kiri saya telah selamat disambungkan semalam (kelmarin) tetapi kena tunggu sehingga pulih sepenuhnya baru boleh keluar hospital.

"Kejadian itu masih menghantui saya dan ia bagaikan mimpi ngeri tetapi tidak pula sampai saya tidak lagi ke restoran tersebut kerana ia merupakan salah satu makanan kegemaran saya,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan empat penyamun yang masing-masing bersenjatakan parang seakan 'berpesta' apabila dapat mengumpul sebanyak RM31,200 selepas menyamun lima buah restoran, sebuah hotel bajet dan pemandu kereta dalam tempoh satu jam di sini Isnin lalu.

Empat suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna coklat itu mula bertindak menyamun sebuah restoran di Jalan PJU 1/3G Sunway Mas Kelana Jaya di sini pukul 5 pagi.

Destinasi terakhir mereka ialah jejantas Sunway Piramid dengan seorang pemandu kereta Perodua Kelisa setelah melanggar belakang kereta mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya kini sedang meneliti ra kaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi dari salah sebuah restoran yang disamun.

* Mereka sangat berbahaya, pasukan polis perlu dikerah cari mereka sampai dapat.

No comments:

Post a Comment