WASHINGTON 9 Okt. – Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) semalam telah menggantung pembebasan 17 etnik Islam Uighur dari penjara Guantanamo di Cuba.
Keputusan tersebut dibuat berikutan permohonan segera yang dikemukakan oleh pentadbiran Presiden George W. Bush selepas seorang hakim Mahkamah Persekutuan kelmarin membebaskan kesemua tahanan itu dan mengarahkan mereka dibenarkan masuk ke negara ini.
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang semalam memutuskan, penggantungan pembebasan tahanan itu dibuat bagi memberi masa kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung kes tersebut.
Bagaimanapun mahkamah berkata, keputusan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai memihak kepada kerajaan.
Dalam rayuannya, jurucakap Jabatan Kehakiman, Brian Roehrkasse memberitahu mahkamah, rundingan diplomatik masih diteruskan bagi mencari negara yang sesuai untuk menempatkan kesemua tahanan terbabit. - Reuters
No comments:
Post a Comment