10 October 2008

Lori, bas langgar plaza tol baru ~ Kosmo

IPOH - Disangkakan apabila dibina plaza tol baru mengantikan plaza tol Jelapang yang kerap berlaku kemalangan dapat mengatasi masalah tersebut tetapi rupa-rupanya tidak.

Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, sebuah treler merempuh sebuah bas ekspres yang berbaris untuk membayar tol di plaza tol Ipoh Utara yang baru dibuka kira-kira empat bulan lalu.

Kedua-dua kenderaan itu kemudiannya merempuh salah sebuah pos kutipan tol di situ.

Ini merupakan kejadian pertama yang menimpa plaza tol yang baru dibuka awal Jun lalu bagi menggantikan plaza tol Jelapang yang sebelum ini mencatatkan banyak kemalangan.

Kedudukan plaza tol Ipoh Utara itu terletak kira-kira 600 meter dari bekas tapak plaza tol lama.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi. Rejab berkata, kemalangan itu berlaku selepas pemandu treler terbabit mendakwa dia hilang kawalan lalu terbabas sehingga merempuh belakang bas ekspres di hadapannya.

"Kesan rempuhan itu, bas ekspres dan treler tersebut merempuh sebuah pos kutipan tol di situ,'' kata beliau.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan tiga penumpang dan pemandu bas cedera ringan.

Bagaimanapun, seorang penumpang basa Hisham Al-Haj, 37, cedera parah apabila tangan kanannya patah.

No comments:

Post a Comment