Ini merujukkan kepada keputusan Pak Lah untuk tidak menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Presiden UMNO. Khairy dalam kenyataan beliau ( Star : 10hb Oktober 2008) menafikan tuduhan bahawa beliau adalah penyebab kenapa Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO.
Namun dalam penafian tersebut ada suara yang masih mengatakan bahawa kegagalan Pak Lah adalah kerana terpengaruh dengan anak menantunya dan ada juga yang meletakkan kuasa Pak Lah pada mereka yang digelar Tingkat 4.
Khairy sebaliknya mengatakan bahawa keputusan yang tidak baik dalam PRU 12 adalah kerana kegagalan melunaskan janji oleh kerajaan Barisan Nasional dan bukan kerana kepimpinan dalam kerajaan.
Sungguhpun begitu adakah mungkin – Pak Lah melepaskan jawatan kerana desakan kepimpinan dalam UMNO dan ini ada hubung kait dengan Khairy Jamaluddin?
No comments:
Post a Comment